Fajar Siddiq
Mango Minutes
✨ Kau Kuat, Kau Hebat
0:00
-1:42

✨ Kau Kuat, Kau Hebat

"Pernah tak kau rasa… macam hidup ni tak adil? Kau dah usaha, kau dah doa, kau dah sabar… tapi tetap tak menjadi. Orang sekeliling berjaya satu demi satu, tapi kau masih di tempat yang sama. Kau senyum depan orang, tapi dalam hati kau ada luka yang dalam, yang orang tak nampak.” "Aku pernah di situ. Aku pernah tanya dalam sujud malam aku… Ya Allah, apa salah aku? Kenapa aku rasa gelap sangat?” "Bukan sekali aku menangis dalam diam. Bukan sekali aku pura-pura kuat bila dalam hati aku hampir pecah. Pernah satu hari, aku duduk tepi jalan, tengok orang lalu-lalang… dan dalam hati aku fikir, adakah aku ni cuma beban dunia? Tak guna? Tak layak berjaya?” "Tapi tahu tak apa yang buat aku bangun semula?" "Bukan motivasi dari buku. Bukan nasihat dari Ustaz. Tapi kerana aku dah tak ada pilihan… selain untuk teruskan.” Sebab kalau aku berhenti… siapa lagi nak selamatkan aku, kalau bukan aku sendiri? Setiap hari aku mula dengan langkah berat. Tapi aku jalan juga. Walau slow. Walau goyah. Aku jalan juga. Aku buat juga. Aku tanggung juga. Aku senyum juga, walaupun hati aku luka. “Dan aku belajar satu benda — bila kau tak ada siapa, kau akan jumpa Tuhan.” “Bila dunia senyap, masa tu baru kau dengar suara hati sendiri. Bila orang tinggal kau, masa tu kau belajar peluk diri sendiri. Bila semua gelap, masa tu kau nampak cahaya sebenar — dari dalam diri kau.” Ingat! “Kau kuat… walaupun kau tak rasa.” “Kau hebat… sebab kau masih bertahan.” “Kau luar biasa… sebab kau belum putus asa.”

🤑 Sponsored by: https://fajarsiddiq.com/wise Wise lets you transfer money internationally, free from hidden fees. Try our calculator to see how much you can save versus high street banks.

💜 Like, Comment & Follow Fajar Siddiq!

👉 Support & Stay Connected: Sharing my journey

🌎 Website

https://fajarsiddiq.com

📱 Facebook

https://fajarsiddiq.com/facebook

🖥 Instagram

https://fajarsiddiq.com/instagram

🐦 Twitter

https://fajarsiddiq.com/twitter

📺 YouTube

https://fajarsiddiq.com/youtube

⏰ TikTok

https://fajarsiddiq.com/tiktok

☕️ Threads

https://fajarsiddiq.com/threads

✨ Telegram

https://fajarsiddiq.com/telegramc

🗯 Whatsapp

https://fajarsiddiq.com/whatsappc

Discussion about this episode

User's avatar

Ready for more?